pertama skali.. saya nak minta tolong saudara/saudari menyedekahkan AL-FATIHAH utk arwah abang saya.. TQ..
erm kembali kepada tajuk.. dulu aku pernah berubah.. nak berhijrah.. namun iman di dada tidak ckup kuat utk menangkis gelodak jiwa muda utk berfesyen.. aku berhijrah hanya sekejap.. selepas tue.. aku kembali menjadi aku yang dulu.. di mana silapnya? silapnya dalam diriku.. xyakin dengan diri sendiri.. takot nak buat sesuatu perubahan.. takot nak berhadapan dengan kawan2.. namun.. ALLAH MAHA PENYAYANG.. Dia memberikan aku peluang kedua utk aku berubah.. Aku bermuhasabah diri ini.. adakah sudah cukup amalanku untuk bekalan di AKHIRAT nanti? bagaimana keadaan aku tatkala malaikat Izrail mencabut nyawaku? bagaimana pula nasib aku apabila di AKHIRAT kelak? adakah aku tergolong dalam golongan yang beruntung atau sebaliknya.. ALLAH MAHA MENGETAHUI.. Dia meletakkan aku bersama orang2 yang sentiasa dekat denganNYA.. Di Matrik.. aku sebilik dengan mereka2 yang sangat menjaga batas pergaulannya.. pakaiannya.. dan tingkah lakunya.. Aku? memang aku menjaga tingkah lakuku.. pakaian? dulu bagiku.. bertudung sahaja sudah memadai.. baju dan seluar aku tidak mengambil pusing akan hal itu.. namun.. bila aku berfikir sejenak.. perlukah aku takot nak berhadapan dengan kawan2? padahal yang perlu aku takot adalah Allah.. bermula dari situ.. aku mula tinggalkan cara permikiran moden yakni tentang pakaian.. aku banyak berfikir tentang mati.. aku banyak bertanyakan kawan2 ku mengenai agama Allah.. aku mula mendekatkan diri dengan Allah.. aku selalu berjumpa dengan ustazahku.. bertanyakan tentang ISTIQOMAH.. nak berubah memang senang.. tapi yang susahnya adalah ISTIQOMAH.. ustazahku memberitahu bahawa aku hanya perlu yakin dengan diri sendiri dan niatlah kerana Allah Taala.. kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI.. insyaAllah Dia akan menolong hambaNYA yang ingin mendekatiNYA.. Aku mula berubah sedikit demi sedikit.. aku tidak mahu berubah secara drastik.. kerana bimbang perubahan itu tidak kekal lama.. aku cuba memakai sarung tangan dan kaki.. dulu aku selalu tertanya2.. xrimas ke pakai benda nie semua.. aku nak pkai? mintak simpang.. namun siapa tahu.. hari ini aku menyarungnya.. perihal tudung.. apabila melihat seorang roomateku bertudung labuh.. terdetik di hati utk bertudung labuh.. pada masa yang sama.. aku berjumpa dengan ustazah.. beliau sangat berbesar hati bila aku mengutarakan keinginanku utk bertudung labuh.. alhamdulillah.. sekarang ALLAH telah memberikan aku nikmat bertudung labuh.. dulu aku mengenakan tudung bidang 45.. sekarang aku mengenakan tudung 55.. tudung 45 masih lagi aku guna pakai.. cuma aku akan biarkan tanpa disilangkan kiri dan kanan.. ISTIQOMAH?? INSYAALLAH.. aku berubah kerana ALLAH.. Allah akan menolong hambaNYA yang mendekatiNYA...
niat aku utk berubah ke arah kebaikan semakin meninggi apabila Allah memberikan ujian kepadaku dengan pemergian abangku yang tersayang.. AL-FATIHAH untuk arwah abangku yg dikasihi.. sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian terhadap hambaNYA jika hambaNYA tidak mampu melaui ujian tersebut..
3 comments:
:)
Alhamdulillah.menarik... saya ingin berubah memakai tudung labuh..tapi saya takut xkekal 😔
Alhamdulillah.menarik... saya ingin berubah memakai tudung labuh..tapi saya takut xkekal 😔
Post a Comment