KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini. Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis. Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. - BERNAMA *kredit to BH
marilah sama2 kita berdoa kepada Allah semoga misi mencari dan menyelamat berjalan dgn lancar.. aminn..
terkini :dipercayai 20-30 org tertimbus..MasyaALLAH..
7 comments:
tu lah kesian kot dgar. dah lah anak yatim. kena timpa bala lagik.
doakan agar mereka selamat..
kesian diorg... sebak dengar berita nie td....
baru taw. semoga mereka semua selamat..insyaAllah
amin..
kesian sgt..
Innalillah.:(
semoga baik2 belaka..aminnn
Post a Comment