Monday, November 19, 2012

Fesyen + Tudung => Cover Our Aurat

Assalamualaikum dan salam sejatera semua..





hari nie sebenarnya I have no idea untuk update blog.. tapi ntah nape.. tetiba terdetik di hati nak buat entri pasal fesyen tudung terkini.. sekarang nie berbagai fesyen tudung yang berada di pasaran.. tudung bawal yang dahulunya pernah merosot dek kerana kemunculan tudung express.. sekarang ini telah muncul kembali dengan tudung bawal berton.. ada yang 2 ton.. ada yang 3 ton.. dan ada juga yang disulam di kepala tudung.. dan sekarang nie jugak macam2 fesyen tudung yang direka oleh2 hamba2 Allah di luar sana.. hal ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka2 yang masih lagi tidak bertudung untuk bertudung yakni menutup aurat.. hidayah Allah adalah rahsiaNYA.. siapa tahu mereka mungkin adalah hambaNYA yang bertuah yang dipilih Allah untuk diberikan hidayah olehNYA..

mereka bertudung semata2 mengikut fesyen dan bukan kerana Allah.. mereka terlepas daripada dosa tidak menutup aurat.. tetapi mereka tidak mendapat pahala kerana niat bukan kerana Allah - USTAZ AZHAR IDRUS 

sepatutnya kita perlu sedar bahawa setiap perbuatan kita hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah Taala.. hal ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran.. sesungguhnya kita bukanlah hambaNYA yang maksum seperti Rasulullah.. sering membuat kesilapan.. namun hal ini dapat mematangkan kita dan dapat mengajar dan mengenali tentang Tuhan Yang Maha Esa yakni Allah Taala.. :)

Justeru.. wahai sahabat2ku sekalian.. lets cover our aurat because Allah.. xsalah nak berfesyen.. asal menutup aurat.. dan niatlah kerana Allah.. I'm not the perfect person.. but I'm only give my opinion about tudung and cover the aurat.. kebanyakan mereka yang dipilihNYA untuk mendapat hidayah.. mereka bermula daripada menutup aurat di kepala yakni bertudung.. dan lama-kelamaan mereka semakin melabuhkan tudung mereka.. seterusnya melonggarkan pakaian mereka dan memastikan pakaian mereka tidak jarang.. SubhanAllah..

saya sering melihat Sham Kamikaze tweet di twitternya..
"Kepada sahabatku yang baik dan belum menutup aurat, silakan menutupnya ya :-) Allah Maha Pengampun"
amar makruf nahi munkar.. Allahuakbar.. sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda

"sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"

saya pasti kebanyakan anda semua tahu tentang penghijarahan sham kamikaze kan? Allahuakbar.. SubhanAllah.. siapa sangka beliau mendapat hidayahNYA..dan sekarang beliau betul2 mendalami tentang ilmu agama.. beliau pernah datang berceramah ke kolej saya yakni KMPP.. beliau berkongsi tentang ilmu yang dipelajarinya.. dan jika dahulu rakan2nya kebanyakannya artis.. namun sekarang ini sahabat2 beliau adalah para ulama2.. ustaz2.. SubhanAllah.. lihatlah betapa besarnya kekuasaan Allah..
tak wajib pakai tudung tapi tutup aurat itu yang wajib.. nak pakai tudung saji pon takpe - USTAZ AZHAR IDRUS

Saturday, November 17, 2012

HIJRAH - TUDUNG LABUH

assalamualaikum semua..

pertama skali.. saya nak minta tolong saudara/saudari  menyedekahkan AL-FATIHAH utk arwah abang saya.. TQ..


erm kembali kepada tajuk.. dulu aku pernah berubah.. nak berhijrah.. namun iman di dada tidak ckup kuat utk menangkis gelodak jiwa muda utk berfesyen.. aku berhijrah hanya sekejap.. selepas tue.. aku kembali menjadi aku yang dulu.. di mana silapnya? silapnya dalam diriku.. xyakin dengan diri sendiri.. takot nak buat sesuatu perubahan.. takot nak berhadapan dengan kawan2.. namun.. ALLAH MAHA PENYAYANG.. Dia memberikan aku peluang kedua utk aku berubah.. Aku bermuhasabah diri ini.. adakah sudah cukup amalanku untuk bekalan di AKHIRAT nanti? bagaimana keadaan aku tatkala malaikat Izrail mencabut nyawaku? bagaimana pula nasib aku apabila di AKHIRAT kelak? adakah aku tergolong dalam golongan yang beruntung atau sebaliknya.. ALLAH MAHA MENGETAHUI.. Dia meletakkan aku bersama orang2 yang sentiasa dekat denganNYA.. Di Matrik.. aku sebilik dengan mereka2 yang sangat menjaga batas pergaulannya.. pakaiannya.. dan tingkah lakunya.. Aku? memang aku menjaga tingkah lakuku.. pakaian? dulu bagiku.. bertudung sahaja sudah memadai.. baju dan seluar aku tidak mengambil pusing akan hal itu.. namun.. bila aku berfikir sejenak.. perlukah aku takot nak berhadapan dengan kawan2? padahal yang perlu aku takot adalah Allah.. bermula dari situ.. aku mula tinggalkan cara permikiran moden yakni tentang pakaian.. aku banyak berfikir tentang mati.. aku banyak bertanyakan kawan2 ku mengenai agama Allah.. aku mula mendekatkan diri dengan Allah.. aku selalu berjumpa dengan ustazahku.. bertanyakan tentang ISTIQOMAH.. nak berubah memang senang.. tapi yang susahnya adalah ISTIQOMAH.. ustazahku memberitahu bahawa aku hanya perlu yakin dengan diri sendiri dan niatlah kerana Allah Taala.. kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI.. insyaAllah Dia akan menolong hambaNYA yang ingin mendekatiNYA.. Aku mula berubah sedikit demi sedikit.. aku tidak mahu berubah secara drastik.. kerana bimbang perubahan itu tidak kekal lama.. aku cuba memakai sarung tangan dan kaki.. dulu aku selalu tertanya2.. xrimas ke pakai benda nie semua.. aku nak pkai? mintak simpang.. namun siapa tahu.. hari ini aku menyarungnya.. perihal tudung.. apabila melihat seorang roomateku bertudung labuh.. terdetik di hati utk bertudung labuh.. pada masa yang sama.. aku berjumpa dengan ustazah.. beliau sangat berbesar hati bila aku mengutarakan keinginanku utk bertudung labuh.. alhamdulillah.. sekarang ALLAH telah memberikan aku nikmat bertudung labuh.. dulu aku mengenakan tudung bidang 45.. sekarang aku mengenakan tudung 55.. tudung 45 masih lagi aku guna pakai.. cuma aku akan biarkan tanpa disilangkan kiri dan kanan.. ISTIQOMAH?? INSYAALLAH.. aku berubah kerana ALLAH.. Allah akan menolong hambaNYA yang mendekatiNYA...

niat aku utk berubah ke arah kebaikan semakin meninggi apabila Allah memberikan ujian kepadaku dengan pemergian abangku yang tersayang.. AL-FATIHAH untuk arwah abangku yg dikasihi.. sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian terhadap hambaNYA jika hambaNYA tidak mampu melaui ujian tersebut..

Wednesday, November 7, 2012

AL-FATIHAH - PERGINYA SEORANG ABANG

Assalamualaikum semua.. dah lame aku tak tulis entry kan? kali nie terdetik hati aku nak tulis entry.. dua mggu lps.. smggu sebelum aku menduduki PSPM.. aku dikejutkan dengan abang dan kakak ipar aku kemalangan.. aku sangat terkejut.. kebetulan speaking MUET aku dah lepas.. so.. malam tue jgk aku pergi ke KL.. abang aku kemalangan di Pahang.. aku ke KL sbb kakak aku tggu aku pi sekali ke Pahang.. mak aku pon dari kelantan pi KL jgk.. esk hari sampai je kat KL.. slps bersihkan dri semua.. kitorg bergerak ke Pahang.. sampai je kat HOSPITAL TEMERLOH.. kitorang terus ke wad ICU.. alangkah sedih.. pilu hati aku bila tgk keadaan abg dan kakak ipar aku yang terlantar di atas katil.. hanya Allah yg tahu bagaimana perasaan seorang hambanNYA yang bergelar seorang adik apabila melihat abangnya yg sgt rapat dengannya terbaring di atas katil.. wayar2 bersambung sana sini.. aku menangis kerana terlalu sedih melihat keadaan abang aku mcm tue.. kakak ipar aku?? sama jgk keadaannya dgn abgku.. doktor bagitahu dua2 insan yg amat aku kasihi mempunyai peluang utk hdup 50/50.. 3 4 hari slps itu.. dengan kuasa Allah Taala.. kakak ipar aku sedar.. abang aku?? masih tdak sedarkan diri.. tapi badannya ada bergerak sedikit.. kakak aku suruh kitorang berbual2 dgnnya sbb dia dengar walaupun dia xsedarkan diri.. aku terpaksa mengambil PSPM di matrik pahang sedangkan aku adalah pelajar matrik penang.. namun disebabkan aku xnak berpisah dari keluarga.. aku mengambil keputusan untuk mengambil PSPM di matrik pahang.. belum smpat aku habis PSPM.. pada 31 oktober 2012.. abangku telah kembali ke Rahmatullah.. siapa sangka abangku yg baru setahun berkahwin.. umur pun baru 23 tahun telah meninggal kami buat selama2nya.. sedih? hanya Allah yg tahu.. namun aku sekeluarga tetap redha dengan ujianNYA.. dialah abang yg sgt rapat dengan aku.. dialah yang mengajar aku tentang dunia blog.. dialah yg mengajar aku tentang IT.. kehidupan aku byk dihabiskan dgnnnya kerana dia tggl dgn mak aku kat kelantan.. dia jugak yang menghantar aku semasa pendaftaran KMPP.. dia ada tulis chaiyok2 di lampu meja aku.. itu adalah kenangan yg sgt berharga.. aku berharap semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.. aminn.. AL-FATIHAH..

Thursday, August 16, 2012

balik kampung + RAYA!!!

assalamualaikum olssss..


lagi 3 hari nak raya.. apa persiapan nak raya yang uolss dah buat?? aku?? err.. er.. rumah belum kemas lagi.. kuih raya dah beli.. baju raya belum ambil lagi dengan tukang jahit.. hehe.. esk hari semua akan aku settle kan.. semangat giler dowh nak raya.. ntah nape.. mase sebelum ups lagi aku dah semangat nak raya.. hehe.. xsabar nak balik kg kot sebelum ups.. bile dah balik kg nie.. lagi la membuak-buak keinginan nak raya.. miahihi.. tahun nie ada sedikit perbezaan dgn tahun lps.. tahun nie.. for the 1st time aku berpuasa jauh dari family.. sebelum nie aku xpernah berenggang dengan family.. so this time.. baru aku rase mcm mne berpuasa kat tempat org.. serius setiap kali berbuka.. mesti aku teringat kat mama kat rumah.. sebab tahun2 sebelum nie setiap kali berbuka konfem aku berbuka dengan mama aku..tahun nie.. Alhamdulillah.. aku berkesempatan berbuka kat rumah selama seminggu.. sebabnya.. aku cuti 2mggu for raya.. hihihihi.. dunt be jeles ok? huhu so sebelum aku membusykan diri.. aku nak ucapkan..









MAAF ZAHIR DAN BATIN




rayanote: disini cik gebu nak menyusun 10jaritangan+10jarikaki memohon kemaafan kalo ada kesilapan atau membuatkan korang2 terguris/terasa/tersinggung dan sewaktu dengannya dengan entri cik gebu yang sebelum2 nie.. maafkan cik gebu ye.. setiap manusia mmg tak terlepas dari melakukan kesilapan..kan? memaafkan orang lain adalah salah satu perbuatan yang mulia.. besar ganjarannya bagi orang yang memaafkan kesilapan orang lain.. k.. selamat hari raya olsss... maaf zahir dan batin.. see u later.. babai.. wassalam

Monday, August 6, 2012

RAYA vs UPS

assalamualaikum..

pejam celik pejam celik.. cakk.. dah separuh daripada bulan Ramadhan telah berlalu.. rasa sekejap je.. sekarang kat radio.. lagu2 raya dah berkumandang sudahhh.. aku pon tgh layan lagu raya.. hihi.. tuee diaaa mood raya dah mai dah habaq kat hang... but UPS is coming soon.. so scary u know.. agagagagaga.. takot tahap cipan.. nak raya tapi takot nak ups.. for those yang nak UPS like me.. sila lah study.. aku tulis entry nie pon secara curi2.. hihi.. nak study dulu.. kbai..

note: doakan semoga aku and the matrikss gang dapat buat yg terbaek utk UPS nie.. k.. salam :D

Saturday, July 21, 2012

MY SAYANG => F1P3

Assalamualaikum.. whatss upp oll!! :)))


aku punya post title mcm org yg tgh bercintan cintun.. bersayang2.. erkk.. sila abaikan..fuhh.. dah lame giler kott aku tak membebel dalam belog yg gebu gebashh ini.. *gebu la sgt (tangan ke dada mata ke atas..doe) .. belog pon dah bersawang2.. oh my gebu...erk.. before i forget.. i wanna tell u guys that sekarang nie aku belajaq kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP).. mmg aku ckp loghat penang lah kan.. hewhew about UPU?? dah lame aku lupakan doe..*ayat tacing.. dah takde rezeki nak masuk U.. redha je la.. sobs sobs.

this time.. aku nak share dgn korang about my praktikum.. hewhew kat KMPP aku ambik modul 2.. of course la dpt yg tue.. sbb aku tak ambik BIO mse SPM dolu2... huhu.. so kat sini aku dapat praktikum F1P3.. serius aku bersyukur sgt2 dapat praktikum F1P3.. sengal.. sempoi..sporting.. 1st time jumpa.. semua malu2.. sekarang nie? of course mcm belangkas isi dgn kuku.. ye ke isi dgn kuku?? ahhh lantakk lah..apa2 aje la.. kalo gaduh2 tue dah mcm perkara biasa.. only gaduh2 manje je la.. xde mkna nak gaduh2 sampai tumbuk2.. itu lebih dri musuh.. we r famliy.. not enemy.. and one more thing.. praktikum aku antara praktikum yg agak riuh rendah... mna taknya.. dlm dewan kuliah.. praktikum kitorg je yg pot pet pot pet.. yg gelak kuat2 pon praktikum kitorg gak.. kan kwan2 kan? but u'r the best la F1P3.. <3

si jejaka tinggi lampai ini ketua praktikum aku.. ASHRAF... yang sebelah kiri tue awek ashraf  KAK ADI.. our faci during orientation..
during orientation... we got KAK ADI as our faci.. we love KAK ADI ketat2..she's like our sista oredi.. kak adi giler2 mcm kitorg.. sengal.. sempoi.. Alhamdulillah sekarang kat adi dpt continue her studies at UTM in Aeronautic Engineering courses.. congrats my lovely KAK ADI.. ^.^

si comei lotey yg duk sebelah kak adi nie mentor kitorg.. Teacher Fathini..

Teacher fathini will transfer to KMJ.. so sad meyh.. teacher kitorg mmg sporting and superb lahh.. but apakan daya.. sobs sobs teacher.. we will always miss u.. and for sure.. u will be our mentor ever and ever.. once u are in F1P3.. u will forever with f1p3' although u are not with us.. :) LOVE TEACHER THINI KETAT2..


gebu tak kitorg? =.="? *keperasanan melanda doe..*

bagi aku belajaq kat matrik agak mencabar.. lecturer taught kitorg laju giler kot.. semggu 1-2 bab.. grr.. mmg kena cri msa utk study.. kat sni jadual sgt2 pack and mmg xckup tido kalo weekdays.. kerja byk babe.. aku slalu tidoq 4-5 jam.. kdg2 3-4 jam je aku tidoq.. mmg akan terlelap seketika lah kalo dlm kuliah..

the chanteq's group..yeahh.. atceli ada 11 org.. tapi lagi sorang tdk dpt dijejaki..erk.. -.-"
the kacak's group.. erkk.. ye ke kacak?? korang nilai sndri la eh.. hihi
bella.. datin.. cik gebu.. kema..


FAMILY_F1P3 - ini praktikum's members before pertukaran module..



the boys => ash-jeng-aiman-acap-akhmal-bob-jeni-din-arif-solihin-nishi
former => kiteretsu-ustaz don
the girls => anis-datin-soyah-e-kema-bella-lisha-farisha-qis-anis amira
former => ashmal-huda-husna

although 5 org telah tukar praktikum.. tapi diorg tetap in our F1P3's family..

love_note: aku dah lame nak post entry nie.. tapi asyik bz memanjang.. so skrg bru ada masa.. sorry ye kawan2.. sayang korang2 ketat2.. muahhh..:D
for those yg follow belog cik gebu.. tqvm.. kalo ade mase.. i will visit ur blog.. TQ.. ngeeee

Wednesday, May 9, 2012

UPU BIKIN AKU SENTAP

ASSALAMUALAIKUM.. whatsssssuupppppp yooo yooo.. 

UPU dah tahu kan? for those yg blh tempat di IPTA tue.. aku ucapkan bebanyak tahniah ye.. aku nie jgk lah yg xde rezeki.. bukan gagal.. tapi lagi aniaya drpd tue..

MAAF..NAMA ANDA TIADA DALAM SISTEM KAMI.. 

watde?? ape ke heii nma aku xde weiiii???!! *bengang gile.. maybe masa aku isi upu.. ianya tak dihantar kot.. huaaaaaa!!! T_T *sentap.. mana boleh mcm nie.. abang aku suruh aku call pihak UPU .. aku dah call byk kali.. line is busy.. err.. ok.. aku akan cuba telefon lagi.. naye la aku weii.. kalo dia ckp xleh jgk.. mmg aku akan ke matrik la.. .. mak aku pon suruh aku pi matrik je.. beliau suruh aku struggle kat sana.. tapi aku nak tggu perihal UPU nie settle dlu.. pelik la.. mcm mne nama aku xde?? aku sure aku send masa apply upu.. semua kawan aku terkejut.. biar betik? betik ke mangga ke.. mmg nama aku xde dlm sistem ok?? SISTEM!! nak buat rayuan lagi la xboleh.. sbb rayuan for those yg apply upu tapi xdpt.. diorg tulis huruf besar lagi..

RAYUAN DIBUKA UNTUK YANG TELAH MEMBUAT PERMOHONAN DAN GAGAL MENDAPATKAN TEMPAT DI IPTA.. 

watde??! adoyaii.. masak aku kali nie.. mcm mna aku nk buat rayuan.. kalo tak dapat jgk.. matrik la jawabnya.. ramai je kawan2 aku dapat matrik yang sama dgn aku..yakni KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG... PENANG!! hang tggu cheq naaa.. kalo ada jodoh ketemulah kita di sana.. jodoh? ok aku pantang dengar perkataan nie.. haha kawenn!! *tampo pipi aku..pangg!! ~ back to normal.. kalo rezeki aku kat sana.. aku redha je.. sesungguhnya ALLAH tahu yang terbaik utk hambaNYA.. kita hanya mampu merancang.. ALLAH yang menentukan.. mana lah tahu kot2 ada jodoh kat sana? kan? miahaha *moodkawendahmaidah!

for those yang xboleh upu.. jgn keciwa.. aku paham perasaan korang.. insyaAllah akan ada nanti rezeki korang.. cheerssss.. 


Sunday, May 6, 2012

KAHWIN? JOM..!

assalamualaikum alls.. whatsuppp yooo..

today i have a good mood than usually.. haha i dont know why but today i just keep smiling.. hewhew oh before i forget .. koz sometime penyakit nyanyuk melanda diriku dgn tiba2.. yesterday.. Scha Al-Yahya and Awal Ashaari telah pon selamat diijabkabulkan.. yeayyyyyy!!! so sweet meyhh.. bak merpati dua sejoli.. congratulations for both of you.. may ALLAH bless both of you.. ^.^




kredit to beautifulnara


alahai.. when is my turn to marry maa?? haha ok my gataimerenyam mood is coming.. erkk.. just ignored it... seriously i'm so envious.. nak kahwin jugakk!!! hahaha next.. once again i would like to say CONGRATULATIONS to blogger akak DENA BAHRIN on your wedding.. :)

pinjam gambar eh kak dena? hehe kredit to blog DENA BAHRIN

what can i say.. i wanna be like her.. love after marriage.. she is only 20 to get title wife of someone.. i'm so touched after read about her love story.. she inspired me a lot.. aku rase semua pon nak jadi mcm kak dena kan? hehe

kahwin? one word yg selalu aku sebut.. hahaha kawan2 aku pon dah xheran kalo aku ckp i wanna to marry!! hehe.. xkisah la org kata aku gatai ke ape.. tapi NIKAH adalah sesuatu yang HALAL.. ok? setiap sentuhan antara suami isteri akan mendapat pahala.. see?? senang2 dpt pahala.. sesetgh org nak kahwin dgn seseorg yang diorg cintai... sayangi or whatever.. but someone told me.. tak semua yang kita nak kita akan dapat.. then Allah tak bagi apa yang kita nak kerana Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik untuk kita.. :)) thats true.. because ALLAH knows everything.. jodoh pertemuan di tangan Allah.. dpt yang mana2 pon.. redha je lah.. kan? ^.^

my brother kahwin mase umur beliau 22 tahun kot.. should i follow him?? hihi oh bru perasan.. i keep smiling because on my mind is KAHWIN.. yeahhh..!  :)

Ustaz Azhar Idrus : molek nikah awal :)


Sunday, April 22, 2012

Just Be Yourself Babe

assalamualaikum korang2 sume..

apo kabo?? belog aku bertukar wajah lagi.. kate dulu belog aku nak jadi belog islamik? ok skrg aku dah tukar prinsip belog nie.. kalo ade pape maklumat berkaitan dengan Islam.. insyaAllah aku akan kongsi.. tapi benda lain aku akan share ngan korang jgk.. tpi not gosip la nyahh oii.. kang berbakul2 dosa aku dapat.. hehe sesape yg bace entri psl penghijrahan aku.. mesti terpk.. ari tue kate nak berubah? tapi xde berubah pon.. skrg aku tgh cuba guyss.. dri segi berpakaian.. aku try tgh cuba yg terbaik.. my brother asked me to change slowly.. jgn paksa diri.. nnti kang memberontak.. perangai aku still sama mcm dlu kot.. cuma mulot2 jahat tue dah berkurang la skit.. hehe tapi aku still sengal.. xkering gusi kalo korang kawan ngan aku.. huhu *ok keperasanan jelas terpancar..

skrang.. aku tgh cuba pakai baju yang labuh.. seluar jeans still lagi aku pakai.. sbb that is my fav.. kdg2 ade jgk aku pakai skirt.. kalo aq pakai jeans.. aku akan pkai cardigen yang labuh.. baju pulak aku akan pkai yang jnis loose.. if i'm wearing tudung bawal.. i will pin my tudung kiri kanan.. so takdelah terdedah kan?? nak berfesyen boleh je syg2 ku sekalian.. pastikan tutup mane yang patut.. aku pon xde lah tutup aurat dengan sempurna sgt.. but now i'm trying my best.. insyaAllah maybe one day dapat tutup aurat keseluruhan.. ^^

good news.. aku dah dapat lesen kereta dah lama.. cuma my mom je xberani kasi aku bwk kereta dia.. tapi mse mak aku pergi jb ari tue.. aku try bwk kereta pergi2 pusing dgn kawan2.. sesaje nak praktis meyh.. Alhamdulillah.. aku dah dapat bwk kereta dgn jayanya.. sukaa gilaa habaq kat hang!! *dapat bwk kereta pon nak riuh.. biasalah babe..budaq baru blajaq bwk keta.. of course la excited mula2 nie.. nnti dah lame.. kompen naik jemu.. silap2 karang aku pi blajaq bwk kapal terbang plak.. maw pengsan hangpa2 sume.. xterkecuali aku skali..


p/s : i got new hp!!! tenksss my mom and dad for giving me a new phone.. hewhew.. love both of u always :)))))

Wednesday, April 18, 2012

ENGINEERING @ ARCHITECTURE??!!!

Assalamualaikum olss..konichiwaaa..

 perghh.. dah lame betol aku update blog.. dah bersarang sudah belog aku yg comel lote nie.. nak kate aku sibuk?? tak de duk sibuk2 nye.. hewhew tpi kalo difikir-fikirkan..mmg bz kot.. tpi xde la bz sgt.. mggu lps aku pergi jb dowhh.. my sis dapat baby baru.. nama kisya adeleia.. nma mcm adele yg nyanyi lagu someone like u sudahh.. haha congrats sis.. dua mggu lps aku ade majlis graduasi kat sekolah.. acece macam student u plak ade graduasi bagai neh.. hewhew.. mggu nie plak aku duk kat rumah akak aku yg msih lagi belajar kat uni kat selangor.. sesaje pergi jalan2.. bosan dowh duk kat umah.. xtaw nak buat ape.. nak tulis entri.. aku kekeringan idea  mse tue.. bila dah duk kat tempat akak aku nie.. byk plak nak idea dtg mencurah2.. tpi mse nie gak la.. agak terhad aku nak guna laptop.. sbb aku pinjam yg akak aku punyer.. mse dia ade kuliah je aku blh guna.. takpe aku redo.. acecece pasghah ko.. hewhew.. giler pnjg intro aku.. maaf la weii... dah lame sgt aku xtulis entry.. nie la yg jdi.. huhu

Engineering @ Architecture??!!(gaya tanya mcm nak mitak pelempang smbil mata membulat).. await?? slh ka cheq nak amik engineering/architecture ?? bukan ape.. aku mmg minat giler la bnda alah nie.. nak2 kalo yg berkaitan lukisan.. gilee.. mencabar minda aku.. best bro.. tpi SPM..LK aku dapat B.. nasib tak C.. ahaha*kantoi sudah.. takpe.. aku share la.. buat ape nak malu..

kalo engineering.. aku nak mintak civil.. tpi abg aku xbagi.. dia suruh aku ambik elektronik.. *terpinga2 sat bila abg aku suruh ambik elektronik.. kompem tahap blajo kefizikan kena tggi.. aku plak yg dah low dgn fzik.. tapi takpe.. as i can struggle.. i will do it meyhh.. usaha tangga kejayaan.. lps usaha.. doa.. lps tue tawakal.. itu je.. insyaAllah ALLAH akan tolong kita..

kalo architecture lak.. my sis in-law punye adk ade citer kat aku psl nie.. dia cakap best sgt2.. tpi xtido malam la.. xtido mlm?? biar betik.. tpi skrg pon aku dah jdi klon burung hantu.. jnis stok xtido mlm.. hewhew.. so sesuai sgt la ngan aku nie haa..

pilihan aku pada asalnya lebih kpd arkitek.. tapi skrg dah tetuko kpd engineering.. agak2 korang la?? yg mne sesuai?? 


lovely,

Tuesday, March 27, 2012

ASASI ATAU MATRIKULASI??

assalamualaikum.. halo halohaaaa... :) how r u guys?? sihat kah?? hehe


1st of all..result SPM 2011 dah pon kuar rite?? Cer teka i got how many A's?? hemo3.. kalu salah xde hadiah.. kalu betol cheq bagi satu choki2 kat hang.. hahaha Alhamdulillah.. gua dapat result yang melayakkan gua mintak kos yang gua nak.. ngee~~ walaupun xgempak lah sgt.. tpi ok la.. hehe skunk tgh tggu tawaran.. but i'm still confused..

MATRIK vs ASASI

aku confused dowh.. aku ada cita2 nak study abroad.. kalu nk yang nie.. aku kena la amik matrik.. tpi as u know.. kat matrik kena la study gila babeng.. xleh maen2 owh.. kalu pointer rendah.. nnti apply upu.. u akan bagi kos yg bukan2 kat korang.. kalo asasi.. confirm2 korang leh msuk u.. for example.. uia.. kalo korang msuk asasi uia..sah2 nnti korang akan smbung degree kat uia jgk.. tpi kalo korang ambik asasi kat u lain selain uia.. nnti degree korang blh apply kat u lain.. contoh korang ambik asasi kat uitm.. bila nk smbung degree.. korang blh smbung kat utm.. understood??tpi my senior kate skunk neh uia dah ambik budak matrik.. tpi dia lebih utamakan budak foundation uia.. hurmm.. pening2..=.="


P/S: kpd akak2 & abg2 yang lbih berpengalaman.. leh kasi pendpat tak?? hehe yang mne satu yang TERBAEK?? hehe TQ





Friday, March 16, 2012

Susulan Ibu Lumpuh Ditinggalkan Anaknya Di Hotel Bajet



alhamdulillah.. anaknya dah bagi penerangan sebab beliau bertindak sedemikian.. dia pon still lagi nak jaga ibu beliau.. saya mohon maaf sebab sebelum nie saya berfikiran yang bukan2.. astagfirullahalazim.. kadang kala kita manusia suka berprasangka yang bukan2.. Allahuakbar.. manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan..semoga encik Amir dan ibunya tabah menghadapi ujian Allah SWT.. aminn..

note : sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu..renung2kan.. :)



Thursday, March 15, 2012

ADA APA DENGAN 21 MAC 2012?

assalamualaikum..

await pulak dengan tarikh 21 mac neh?? -.-'?*tetibe terkeluaq loghat utagha.. hehe sebenaqnya.. itulah tarikh yang blh diibaratkan antara hidup dengan mati.. *bak kata kawan cheq.. errkk.. ye ke?? maybe la kot.. actually.. ianya berkaitan dengan cita2 je.. 21 MAC 2012.. tarikh yang ditunggu2 oleh semua calon SPM 2011.. tarikh keluarnya result SPM.. agagaga.. takut?? nak kata takut.. xdelah takut sgt.. gementar tue ade.. then skunk neh.. berdebar2 tue adalah skit2.. cheq xtaw la apo yang cheq rasa.. rasa mcm biasa2 je.. mcm xdak apa2 yg berlaku.. cheq berserah kepada Allah SWT.. insyaAllah.. cheq reda dapat berapa pon.. asalkan result tue dapat dekatkan diri cheq dengan Allah SWT.. xnak la kalo kita dapat result cemerlang mcm mne skalipun.. last2 kita lupa Allah.. SANG PENCIPTA kita.. for what we got an excellent result for SPM.. but we forgot HIM?? lastly we got nothing.. di dunia.. mungkin kita menikmati kesenangan.. tapi itu cuma sementara je.. kita skunk neh berada di dunia akhir zaman.. bila baca berita.. ada je pembunuhan sana sini.. terbaru.. budak lima tahun dibunuh dan dibakar.. saudara seagama dengan kita pula ditindas seperti mana yang berlaku di IRAQ.. PALESTIN dsb.. dan sedarkah kita bahawa sudah banyak tanda2 kiamat kecil yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT.. tsunami.. gempa bumi.. dll.. tidak takutkah kita dengan balasan ALLAH SWT di dalam kubur dan tentunya di akhirat nanti? kepada mereka yang kufur.. NERAKA adalah tempat mereka.. dan bagi orang2 yang beriman.. JANNAH lah tempat mereka.. Ya Allah sesungguhnya aku takut akan azabMU.. ampunilah dosa2 ku.. ampunilah dosa2 kedua ibu bapa ku.. ampunilah dosa2 muslimin dan muslimat.. jauhkanlah kami dari api neraka.. sesungguhnya setitik api neraka mampu membakar bumi ini.. maka sedarlah wahai saudara2 ku sekalian..segeralah bertaubat.. sesungguhnya sebesar mana pun dosa kita.. Allah itu Maha Pengampun.. INSYAALLAH.. akan diampunkan dosa2 hambaNYA..


nota iman : "Serulah kepada jalan TUHAN-mu dengan cara hikmah dan memberi nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya. - (Maksud dari Surah An-Nahl, Ayat 165)"Sampaikanlah dari(ajaran)ku walaupun (hanya sekadar) sepotong ayat. - (Maksud dari Hadith Nabi)



Friday, March 9, 2012

Ibu Lumpuh Ditinggalkan Anaknya Di Hotel Bajet

assalamualaikum..

hari nie saya nak kongsi cerita sedih..apa kata korang tengok video nie dulu..






korang dah tengok?? tergamak anak beliau tggl beliau kat hotel bajet.. org cina plak yang baik tolong nenek nie.. tenks to them.. kepada anak2 di luar sana.. ketika ibu dan juga bapa anda masih lagi bernyawa.. berbakti la kepada mereka... jaga lah mereka..limpahilah kasih syg terhadap mereka.. mereka banyak jasa kepada kita terutama ibu yang mengandungkan kita selama 9bulan 10 hari.. yang berdepan dengan maut semata-mata nak melahirkan kita.. jangan pula bila mereka dah kaku dan tidak bernyawa baru nak menyesal.. xguna dah nak menyesal waktu tue.. fikir baek2 sblm buat keputusan tue.. sebak bila saya tengok nenek tue nangis.. xsepatutnya anak beliau buat mcm tue.. T_T

note : sayangilah ibu bapa korang.. ingatlah..sesungguhnya anak derhaka akan dibalas neraka oleh Allah SWT.. maka beringat2 lah.. semoga kita menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada kedua orang tua kita..aminn



Thursday, March 8, 2012

BELOG SAYA BERTUKAR WAJAH

ASSALAMUALAIKUM..


Alhamdulillah..akhirnya belog ini direborn kan..hehehe simple je.. kali nie cik gebu memilih warna biru sebagai background for this belog.. to all readers.. from now.. me.. as owner for this blog akan membahasakan diri sebagai saya/aku atau nama samaran (cik gebu..soyah..sya).. perkataan "gua" mcm xsesuai je utk perempuan.. kalo lelaki.. ok je.. hehe mulai saat ini juga.. belog saya akan menjadi tempat saya berdakwah secara santai.. maafkan saya jika selama saya berblogging saya ada menyinggung perasaan anda2 sekalian dengan entri2 saya yang terdahulu.. sesungguhnya kita manusia tidak lari dari kesilapan.. maafkan saya jika belog saya tidak seceria dahulu... yang banyak membebel xtentu pasal.. ^^ i think i'm still like before.. cuma sekarang saya kena menjaga tutur kata saya dalam belog ini agar tidak menjadi fitnah.. mengaibkan org lain dan menjadi tempat bergosip.. maafkan saya juga sbb kalo dolu2 korang follow sebab saya seorg yang brutal or jenis gila2.. hehe yes..i'm admit it.. dahulu saya brutal..gila2.. suka buat lawak..cari pasal.. but now i'm changed.. maybe sy still lagi mcm tue.. cuma dgn certain people only.. i'm sorry guys.. saya harap korang dapat menerima perubahan diri saya.. sesungguhnya sekarang nie saya sedang mencari hala tuju saya...

note : Alhamdulillah.. my friends can accept me although i'm changed.. tenks a lot friends.. amiya.. zahida.. soffea.. nabilah.. fadhilah.. fatin chick.. tenks coz u alls still accept me.. love u alls so much! ^_^




Thursday, March 1, 2012

STORY OF MY LIFE : PENGHIJRAHANKU

assalamualaikum... what's up guys?? hope korang sihat walafiat.. XD

if u realize.. my blog changed.. just a little bit.. more to Islamic.. :D just using the old header but i was changing the picture.. hehe I wanna change myself to be a true Muslimah.. or in other word "BERHIJRAH".. I can't deny that sebelum ni.. sometimes I doesn't really care about prohibition in Islam.. especially tentang penjagaan aurat.. yes.. I'm wearing hijab.. since my chidhood.. around 10 years old.. although I was wearing hijab.. but I didn't wear it properly.. mula2 i was thinking pakai tudung sebab nak tutup rambut.. all my siblings are wearing tudung..(i mean my sisters).. so.. I just follow them.. bila dah bsr skit.. baru la tahu kena pakai tudung sebab tuntutan agama.. rambut is aurat.. but I was forget about another part that catagorized as aurat..I was wearing hijab ala kadar je.. suka letak hujung tudung kat bahu... SubhanAllah.. I was ashamed with myself.. ampunilah dosaku Ya Allah..

but Alhamdulillah.. Allah give His hidayah for me.. to changed myself untuk menjadi Muslimah yang sejati.. insyaAllah.. now.. i wanna changed how i wearing hijab and clothes and so on.. jeans is my favourite.. I know I'm still can wear it but I have to wear it with my blouse.. blouse tue kena la yang labuh melebihi punggung.. tak ketat.. insyaAllah kalo sampai masa.. I just wearing skirts.. dah tak nak pkai jeans.. now.. tengah berjinak2 dengan skirts..

terfikir seketika.. kenapa Allah memberikan HidayahNya kepadaku?? sesungguhnya telah banyak dosa2 yang pernahku lakukan sebelum ini.. ALLAHUAKBAR..! terima kasih YA ALLAH.. kerana memberikan kesempatan kepadaku untuk kembali ke pangkal jalan..

bagaimana aku berkeinginan untuk berHIJRAH?

bermula apabila aku melayari  FB.. ada satu link yg dipostkan oleh rakan FBku.. sedar tak sedar.. aku tertekan page laman Youtube.. lagu Maher Zain-Open Your Eyes.. this song membuatkan aku teringat semasa aku di tingkatan 5.. my English teacher.. Madam Fadzilah (sometimes i called her Umi)played this song in my class during her lesson.. dulu just nyanyi je tanpa memahami maksud.. but this time.. aku menghayati lagu nie.. and tanpa sedar my tears came falling down.. aku menangis.. menangis kerana teringat dosa2 yang pernah aku lakukan.. mengingatkan diri ini yang lalai daripada mengingati Allah SWT.. SubhanAllah.. tenks to Umi sbb perkenalkan saya lagu nie..dan ketika itulah aku merasakan ada sesuatu yang memasuki dalam diri.. aku xdpt gambarkan situasi itu.. tapi aku dapat merasakan hati aku tenang.. igt kepada Allah.. dan merasakan aku harus berubah.. ke arah yang lebih baik.. then I told my brother tentang penghijrahan aku.. dan dia menyokong.. I asked him to guide me.. Alhamdulillah.. he willing to help me..

dengar dan hayati..


lagu yang betol2 membuka MATAku tentang kebesaran Allah SWT.

beberapa bulan sebelum nie.. my sister also berhijrah.. melihat akan penghijrahannya.. aku terdetik bila aku akan berubah like my sister.. I was so surprised when she came back home..she wearing Jubah and tudung bawal yang dipinkan kiri kanan.. menutupi dada.. jarang2 dia pakai kalo pulang ke kg.. alhamdulillah.. aku diberikan hidayah untuk berubah.. insyaAllah.. I wanna be like her..also wanna be like my sister-in-law,Kak Sarah..

sekarang..aku sedang memperbaiki kelemahan diri.. buang yang keruh.. ambil yang jernih.. aku ingin mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.. ingin menjadi wanita solehah.. kerana ciri2 wanita solehah salah satunya ialah mencintai Allah dan Rasulullah.. :)

PS :  just sharing my story.. yang baik datang daripada Allah.. yang buruk datang daripada saya.. oh ye.. i'm still like to wear shawls.. but jenis yang pashmina.. sbb yang nie besar.. so boleh tutup dada.. :) ustaz don daniyal pon ada cakap kalo nak pakai selendang..blh je.. as long as u punyer selendang xjarang dan boleh tutup dada.. sorry guys..entri pnjg.. dun worry.. gaya penulisan for next entry still like before.. hari nie gaya penulisan lain skit.. skima skit but it's ok :D do pray for me supaya penghijrahan ini berkekalan sehingga akhir hayat.. aminn.. i'm praying may Allah bLess all of u whose visiting my blog.. Wassalam..





Sunday, February 12, 2012

Jin Akanishi Officially MARRIED

Konichiwa..

so surprise.! Akanishi Jin (former member of KAT-TUN) is now officially MARRIED with Meisa Kuroki.. They married on 2nd February 2012.. I'm so surprised when i heard about this from my friend.. i was like "OMG! IT IS TRUE?? I CAN'T BELIEVE IT".. when i opened his page on FB.. he was posted the link to his WEBSITE about his marriage.. ok.. now.. I BELIEVE IT.. XD so happy for them.. *wah2.. speaking plak gua neh.. ehem3..takpe2.. sekali sekali je kot..hehehe broken english je..hek3..




TO AKANISHI JIN.. Go-kekkon omedetou gozaimasu.. I wish both of you all happiness.. XD







Sunday, February 5, 2012

you're beautiful vs ikemen desu ne

aloaloalohaaaaaaaaa....... what's up everybody!! today ahh..i want to give my opinion about Kdrama and Jdrama.. that stories are you're beautiful and ikemen desu ne.. jalan cerita dia same je cuma yang bezanya versi lain2 la.. You're beautiful versi Korea.. then Ikemen Desu Ne versi Jepun.. although cerita sama.. tapi dua2 gua layan.. nak tengok apa perbezaan yang versi Jepun punya.. sbb originally drama is You're Beautiful.. as I said in my past entry.. gua minat Kpop tapi xsegiler macam gua minat Jpop..hehe tapi kalo cerita diorg best.. gua layan je.. cuma gua kena dengar dulu pendapat my friend because she really love Kpop.. she is very up to date to Kpop.. that's why i ask her review about certain Kpop drama/movies.. when she said 'you must watch that Kdrama/movie and bla bla bla'.. baru la gua tgk.. kalo tak..haremmmjadah gua nak tgk.. gua lebih tertarik kepada Jdrama/movies.. hehe erk..panjang pulak gua membebel.. sorry.. hehe

sesambil bace entry gua.. hangpa boleh layan OST You're Beautiful...XD





klik play kalo nak dengar.. arigato.. :)

YOU'RE BEAUTIFUL-KDRAMA


INTRO - yang nie cerita asal.. this drama starred Park Shin Hye.. Jang Geuk Suk.. Jung Yong Hwa (CN Blue) and Lee Hong Ki (FT Island).. has been aired on 2009.. gua tengok cerita nie pon sbb gua punya sister ade download this drama.. so tanpa membuang masa.. gua pon tgk la cerita nie.. kalo ye pon keje gua kan tanam anggur * i mean menganggur.. hehe so daripada gua goyang kaki je.. elok gua tgk cerita nie..

gua tengok pon sbb gua suka tengok lakonan Jang Geuk Suk.. kebykn Kdrama/movie yang gua tgk..msti ada mamat nie.. nak kata hensem.. ok la kot.. nak kata cute pon...erkkk cute Lee Hong Ki lagi..keh3.. apepon.. this drama tak menghampakan gua.. gua suka tgk Park Shin Hye berlakon watak Go Mi Nam.. Jang Geuk Suk is arrogant person in this drama.. but.. suitable with him.. i love the part when he realize he fallen in love with Go Mi Nam.. he told her the truth.. perghh bro.. jarang2 org confess their feeling camtue.. agak sesuai diorang gandingkan Jang Geuk Suk dengan Park Shin Hye..hehe tapi dalam cerita nie.. gua lebih suka watak Jeremy.. kawaiii!!!!!!!!!!!!!!




IKEMEN DESU NE-JDRAMA


INTRO - starring Yuta Tamamori (Kis-My-Ft2).. Miori Takimoto.. Fujigaya Taisuke (Kis-My-Ft2) and Yaotome Hikaru (Hey!Say!Jump!).. this drama aired on 2011.. yang nie just ade 11 episod je.. kalo yang versi Korea.. ade 16 episod.. for ur information.. Jang Geuk Suk pon turut berlakon dalam cerita neh.. tapi kejap je..beliau jdi pelakon undangan la.. XD


gua tengok cerita nie sbb gua suka Yuta Tamamori.. hehe.. godek punya godek.. rupa2nya beliau berlakon dalam cerita nie..so gua apa lagi.. teros tgk la.. tapikan gandingan beliau dengan Miori Takimoto macam xberapa nak sesuai*i think.. because he has a baby face..Miori Takimoto look matured than him.. tapi apepon.. gua layan je.. XD.. although based on cerita You're Beautiful.. tapi ada gak part yang diorg ubah.. xde la copied 100%.. their ending pon lain.. i think korean version lagi best kot.. sbb watak Go Mi Nam mmg menjadi bgi gua..happy go lucky.. ^_^ kalo yang japan version.. watak Mio agak kaku skit.. xseceria Go Mi Nam... sorry to say that..hehe tapi gua berpuas hati watched both of the stories..hemo3



Drama Note : next = = > 1 litre of tears (2005).. Bloody Monday (2008).. Konkatsu (2009).. Bloody Monday 2 (2010).. =D



Tuesday, January 24, 2012

JPOP vs KPOP

yo yo what's up guys.. apo kabo?? gua doakan korang sihat2 slalu lah ye.. oppss lupe lak nak bagi salam.. assalamualaikum.. hehehe maap la yerr.. rase excited menerjah tetibe tatkala jejari yg xberape nak runcing neh menaip.. hehehe bukan ape derr.. gua dah lame xtulis entry.. nak kate bz.. ermm xbz pon.. keh3.. ade jer dukk terperap kat umah.. duk layan drama + movie japan.. korea ade la jgk skit2 gua layan citer depa neh..errkk sebut pasal japan & korea neh..gua nak bagi pendapat gua la.. kebykn bebudakk skunk neh mmg minat gilerr la Kpop neh.. mak budak and nenek budak pon tompang skaki wooo.. serius gua xtipu woo.. cube tanye sape ahli kumpulan 2PM.. 2AM.. SHINEE.. 4MINUTES.. GIRL GENERATIONS.. kompem diorg blh jawab.. siap nyanyi lagu I HAVE NOBODY.. NOBODY BUT YOU.. *sambil tgn tepuk then jari telunjuk tunjuk ke depan.. kaki sblh kanan terangkat.. hah amek ko.. 

cerr teka group ape?? xpayah gua bagi taw.. konperm u olss kenal punyer..


tapi bagi gua la.. kalo bab2 KPOP neh.. gua xuptodate sgt.. ok.. gua mengaku.. gua xminat sgt KPOP.. kebanyakan artis2 diorg semua cute2..comel2..hensem2.. putih melepak bak tepung gomak.. itu yang bikin gua jeles.. harharhar.. tapi walaopon depa cute ka.. hensem ka.. gua prefer plih Jpop.. keh3..certain lagu jela yg gua minat.. drama @ movie pon gua tengok disebabkan akak @ my friends bagi taw citer itu ini best.. barulah gua tgk... itu pon kalo heronya hensem..keh3..


cerr teka nie group ape?? keh3..

gua lebih suka JPOP.. xtaw la antoo fighter ape yg sampok gua.. serius gua minat JPOP.. then sekian lame jgk la gua memasang nawaitu nak pi belajar kat JEPUN kalo ade rezeki.. insyaAllah.. dah msuk bab JPOP neh..bagi gua.. gua suka Jpop sebab gua suka bahase Jepun.. hehehe.. senang nak sebut.. tapi bila nak tulis huruf diorg.. hampehh! hemo3.. kalo artis Jepun.. gua suka group2 Johnny's Entertainment  .. KAT-TUN.. ARASHI.. KIS-MY-FT2.. KANJANI8.. NEWS.. KINKI KIDS.. HEY!SAY!JUMP! and bla bla bla.. xlarat nak tulis.. yg plg gua suka group KAT-TUN.. especially Kame.. semua citer mamat neh blakon..semua gua layan.. hehe name group diorg neh unik owhh.. diorg bagi nama KAT-TUN base on their family name.. K-Kamenashi Kazuya.. A-Akanishi Jin..T-Taguchi Junnosuke.. T-Tanaka Koki.. U-Ueda Tatsuya.. N-Nakamaru Yuichi..tapi yg sodehnya sorang member diorg yang mewakili huruf A yakni Akanishi Jin ambik keputusan tuk keluar dari kumpulan KAT-TUN pada 2010 then bergerak secara solo then menempa nama di LA.. tahun lepas mamat neh ade release album Test Drive.. cube la korang cari kat youtube.. confirm ade.. apepon.. gua tetap suka diorg neh.. I LOVE 6 of KAT-TUN.. not 5 of KAT-TUN..T_T

maybe ade yg cakap "KPOP lagi best.. xclass la ko neh".. tapi gua tetap dgn minat gua.. gua minat JPOP.. keh3.. class ke tak.. ade aku kesah?? harharhar*gelak setan.. rilexx jap derr.. taste stiap orang lain2 ye.. apepon.. gua tompang xcited jgk kekadang kalu band2 dari Korea buat konsert kat sini.. tapi xrase pon nak pergi..keh3 but.. so sad meyh.. band2 dari jepun xpulak terniat nak buat konsert kat Malaysia neh.. sobs sobs.. erkk maybe dorang nak suruh gua pi Jepun kot..kasi tgk Live in Japan..haha *tampo pipi sat..mimpi2. tapi xmustahil ..hehe

woah.. dah panjang lebar gua membebel kat entry neh. gua chow dolu ok bebeh.. ponat.. mau tido.. chow chow.. i had a precious time with u. see u later.. bye bye.. :))

jom layan lagu KAT-TUN - SWEET CHAIN






tekan play kalo nak dgr.. sekian.. terima kasih



note : agak2 sesuai tak perkataan CHAN diletakkan di belakang name SOYAH=SOYAH-CHAN?? harharhar

Friday, January 20, 2012

AL-FATIHAH - Allahyarham Izwan Pilus meninggal dunia




terkejut! itu je yang mampu cik gebu luahkan.. AL-FATIHAH untuk Allahyarham Izwan Pilus (33) yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.15 petang tadi. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah.. marilah sama2 kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah..

twitter terakhir Allahyarham izwan pilus.. sumber-beautifulnara.




Takziah buat keluarga Allahyarham Izwan Pilus..

note : i'm still shocked.. cik gebu still lagi minat lagu arwah - kembali senyum.. apepon.. kita kena igt ajal maut di tangan Allah...kita xtahu bila ajal kita datang menjemput.. sama2lah kita renung apakah sudah cukup amalan kita selama ini untuk bekalan di akhirat??


Wednesday, January 18, 2012

Samsung GALAXY ACE VS Blackberry CURVE 9300. korang prefer pilih yang mana?

yo yo whats up guys.. assalamualaikum.. hari nie gua nak mitak sedkit pendapat korang la.. agak2 korang la.. Samsung GALAXY ACE dgn Blackberry CURVE 9300.. yang mana korang prefer nak beli?? hehe tntg harga.. opkos la blackberry lagi mahal.. tapi gua xamek pusing bnda tue.. kdg2 benda yg lagi murah lagi better dri yg mahal.. antara dua nie jgk.. yg mne application dia MANTOP?? tell me pliss.. :)))



samsung galaxy ace


vs


blackberry curve 9300



pesanan penaja : kerjasama amat dihargai.. domo arigato gozaimasu.. :))))





Sunday, January 1, 2012

RESEPI TART TELUR


yo yo whats up guysss.. ape cer korang skunk neh?? sihat ke tidak?? me.. cik gebu.. wanna tell u olss something.. err.. HAPPY NEW YEAR ooo.. kejap je berlalu tahun 2011.. pejam celik pejam celik dah msuk tahun 2012.. umo pon dah meningkat..*bunyi cam umo tua bebeno dah ko deq non -_-" sebeno-benonya hari nie gua nak share satu resepi dgn korang.. seperti yang tertera kat tajuk entri.. itulah resepi yang gua nak share dgn korang.. RESEPI TART TELUR.. sesape yang memang giler tart telur neh.. korang blh la try buat sndri.. siyesly xmengecewakan bakal mak mertua anda.. hehe gua pun 1st gak buat tart telur neh.. alhamdulillah menjadi.. atceli dah lame gua nawaitu nak buat tapi bz brooo.. nak exam.. so terbantut la hasrat suci murni itu..*errkk cam trademark minyak masak jeee.. so.. ape kate korang pi godek2 bnda2 kat dapur.. mne taw ckup bhan korang blh buat.. sure xmengecewakan korang la.. resepi nie kawan gua yg carikan.. ntah blog mne dia terjah gua xtaw..kalu empunye resepi nie bce entri nie.. maap la ye.. nak share je.. :) *panjang plak intronye..


my niece jadi model tart telur jap.. tenks kakak.. this budak just makan pastry je.. filling xmkn.. last2 gua buat satu tart yang xde filling tuk dia.. hihi


bahan-bahan :

pastri:

360 gm tepung gandum
200 gm butter
80 gm gula aising *kalo nak guna gula halus pon blh
1 biji telur
sedikit esen vanilla

filling:

1/4 tin susu cair
1/4 tin air
2 biji telur
1/2 cwn gula
1 sudu bsr tepung kastard
sedikit garam
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning *blh jgk nak ltak wrne lain


cara-cara :

pastry
1. pukul butter + gula aising hingga kembang.
2. then, masukkan telur + esen vanilla. korang pukul hingga kembang.
3. masukkan gandum sedikit demi sedikit then kacau sampai jadi doh.

filling
1.masukkan semua bahan filling. panaskan di atas dapur untuk pastikan gula hancur. jangan sampai panas sgt. just suam-suam kuku.

last step
-ambil sedikit doh untuk diterapkan ke dalam acuan. masukkan filling dan bakar dengan suhu 180c selama 25-30 minit.dah siap.. yeay!! sesuai tuk minum petang.. disajikan dgn teh panas.. perghh!! terangkat mak ngah koooo.. :p

akhir kata.. selamat mencuba & menjamu selera :)

NOTE : tahun baru.. azam baru.. pakwe pun baru.. ahh.. xde pakwe2 nye.. ko nak.. ko pinang aku teros.. hahaha *ok dah merapu lebih..sila abaikan.. apepon.. semoga tahun baru 2012 nie gua blh perbaiki diri gua ke arah yang lebih baek.. then for sure.. this belog akan berubah.. berubah ape?? same2 lah kita tunggu.. ok la.. see u later.. chow2..
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...